Standard (EADGBE)

 Intro

(rap 1)

Kau katakan cinta gunakan akal

 Bila aku gunakan

 Kau yang menyangkal

 Bagaimana nak kekal

 Kau katakan cinta gunakan minda

 Bila aku gunakan

 Kau yang tak percaya

 Bagaimana nak bahagia

(Verse 1)

Maafmu tak bererti

 Kau mudah sesali

Berulang kali telah kau mungkiri

 Manis mulut berjanji terpedaya lagi

Menanti biar terus didustai

(Chorus)

Kaulah bahagia (bagiku)

Kaulah derita (bagimu)

 Esok lusamu

 Tak ku kenal lagi engkau siapa

(rap 2)

Dan aku cuba sedaya upaya

 Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa

 Bagaimana hendak ku lupa

 Bayangan wajahmu selalu di depan mata

Harum baumu masih dapat ku hidu

Bagaimana ingin aku membencimu

Jikalau setiap hari merindu

 Sekiranya derita merinduimu

Itu sebenarnya bahagia

Aku pilih derita

(Repeat Chorus)

(verse 2)

Mungkinkah esok atau lusa

 Walau biarpun lama

 Andai ku biar tiada

 Ku tetap kan setia

 Entah bila akan tiba

 Sampai jua harimu yang sama

 Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya

Kau tiada titik noktah

Ku dibuai mimpi lena

Dikejut igau semula

Kaulah tanda tanya

Kau tiada titik noktah

Ku dibuai mimpi lena

Dikejut igau semula

(rap 3)

Seandainya kau berada di depan mata

Mudah untuk aku berkata-kata

 Supaya dapatku melihat seraut wajahmu

Walaupun belum tentu kau mahu bertemu

 Apalagi memandangku

 Setelah ku turutkan segala kemahuan

Kau mainkan perasaan

Begitu mudah kau ucapkan

 Terimalah saja kenyataan

Aku masih terkilan

(repeat verse 1)

(repeat Chorus 2X)

(rap 4)

Jika kau dapat memahami

 Hati seorang perindu

Baru kau tahu derita hatiku

Jika suatu hari nanti giliran kau merindu

Baru kau ingat derita diriku

Segala yang berlaku bukan kemahuanku

Apa gunanya bahagia

 Jikalau bahagia bersamamu

Hanyalah untuk sementara waktu

Aku pilih derita merinduimu

(repeat verse 1)

(repeat chorus 2X)

(end)

Hmmm...hmmm...

Tak ku kenal lagi engkau siapa...